Thursday 9 August 2012

Tengin Benor Deme Nih....


Pemimpin Pas Bangang Walaupun Tahu DAP tentang Islam...


Tok berani kate bahawa pemimpin-pemimpin Pas ni memang betul-betul bangang sebangang-bangang manusia. Presiden DAP tu dah berterus terang menyatakan pendirian DAP menentang Pas menubuhkan negara Islam dan menjalankan hukum Hudud. Dengan secara kebetulan semua sudah mengerti bahawa DAP tu anti Islam.

Yang peleknye otak pemimpin-pemimpin Pas yang dah beku ni asyik-asyik mengatakan itu semua pendapat peribadi Karpal Singh saje dan bukannye dari DAP keseluruhannye. Kite semua tahu bahawa Karpal Singh tu presiden DAP jadi ape-ape yang terkeluar dari mulutnye dah pasti ianye menyuarakan pendapat DAP keseluruhannye.

Tok tak segan nak kate bahawa penyokong-penyokong Pas ni memang tongong bebeno. Ape maknenye mereka menyokong DAP yang dah terus terang anti Islam. Yang nampak paling tongong ialah Nik Aziz - mengapa Tok berani kate demikian? Sebab bye setiap kali Karpal suarakan DAP menentang negara Islam dan hukum Hudud, make dengan pantas Nik Aziz membalas - "Itu pendapat peribadinye".

Sebenonye bile DAP menyuarakan penentangannye tentang negara Islam dan hukum Hudud kite dah faham bahawa DAP tu bukan saje anti Islam tetapi DAP juge sudah menghina Islam. Tok cabar pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pas ni, sampai bile kamu semua mahu ditongongkan oleh DAP?

Monday 6 August 2012

Ambik Kau.....


ADUN Kota Alam Shah dikecam persenda Chong Wei


KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pemuda UMNO mengutuk keras kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mempersenda dan memperlekehkan semangat juang yang dipamerkan oleh pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di temasya Olimpik London semalam.

Exconya, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, pemimpin pakatan pembangkang itu mempamerkan sikap buruk sedangkan semua rakyat Malaysia bersatu memberi sokongan jitu kepada Chong Wei.

"Amat keterlaluan beliau dengan nada mengejek telah menghina nama jaguh badminton negara kita dengan menukar nama ketiganya dari Wei kepada AWAYyang bermaksud jauh dalam bahasa Inggeris," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Khairun berkata, Manoharan wajar segera memohon maaf secara terbuka kepada Chong Wei ekoran kenyataan menghinanya itu.